Wednesday, November 19, 2008

assalamualaikum

Berita gembira khas untuk ahli UMI dan warganegara Malaysia

yang menetap di Iskandariah…

Sempena Hari Raya Aidil Adha 1429 H / 2008 M yang bakal menjelang tiba ...

Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) akan menganjurkan

PROGRAM AKIKAH DAN KORBAN PERDANA UMI KALI KE-3 (PAKAR-3)

Justeru itu, UMI menjemput semua ahli untuk menyertai

ibadah korban / akikah / tahlil

Syarat-syarat penyertaan:


1) Penyertaan ini terbuka kepada semua ahli UMI dan warganegara Malaysia yang berada di Iskandariah.


2) Penyertaan dibuka kepada 4 kategori:


i- penyertaan bagi tujuan akikah,

ii- penyertaan bagi tujuan korban,

iii- penyertaan bagi tujuan membayar nazar,

iv- penyertaan bagi tujuan menyertai majlis tahlil kenduri arwah.


3) Bagi kategori i, ii dan iii, bayaran penyertaan adalah seperti berikut:


a - Lembu (satu bahagian) : LE 600

b- Kambing (seekor) : LE 650


4) Untuk kategori iv, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak LE 10.00 sahaja (yuran penyertaan).


5) Bayaran penuh hendaklah dijelaskan semasa penyerahan borang penyertaan .


6) Untuk maklumat lanjut dan pengisian borang, sila hubungi dan dapatkan melalui :


i) Ustaz Luqmanul Hakim Ab. Rahman (011-8494712) atau YM bathal7@yahoo.com


ii) Ustaz Mohd Nawawi bin Hj Md Yusuf (011-8148328) atau YM nawi_bahibbak@yahoo.com


7) Penyertaan adalah terhad. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Disember 2008.

Objektif PAKAR-3

1- Memberi peluang kepada ahli UMI khususnya warga Iskandariah untuk melaksanakan ibadah akikah dan korban serta melunaskan nazar.

2- Memberi peluang kepada ahli PMRAM khususnya warga Iskandariah untuk menghadiahkan pahala tahlil kepada orang tersayang yang telah meninggal dunia.

3- Meningkatkan kerjasama sesama ahli PMRAM khususnya UMI di dalam kerjasama menjayakan aktiviti ini.

4- Menjana semangat motivasi diri dengan kesatuan gerak kerja dalam menjayakan program bercorak mega serta iltizam dengan ceramah yang akan disampaikan.

5- Membiasakan ahli dengan aktiviti berjamaah dalam konteks ibadah, gerak kerja dan lain-lain.

6- Menggerak thaqafah ahli dalam melaksanakan ibadah bercorak kemasyarakatan dan jemaah.

7- Menjurus ahli kepada suatu penilaian akan peri pentingnya bersatu dalam satu jemaah dan kesatuan yang utuh.

8- Merupakan alternatif dalam menggerakkan suatu program mega yang berteraskan ibadah dan ketaatan kepada Pencipta.

Tuesday, November 18, 2008

Struktur AJK Pelaksana PAKAR-3 UMI 2008

PENASIHAT PROGRAM
1- Luqmanul Hakim bin Ab. Rahman
2- Md Zamzaini bin Mohd Dahlan

PENGARAH
Faizal Hasnul bin Yahya

TIMBALAN PENGARAH
Md Nazri bin Yaakob

SETIAUSAHA
Mohd Nawawi bin Md Yusuf

BENDAHARI
Muhammad Rezman bin Mohd Sobery

UNIT PROTOKOL & DISPLIN
Samsul Azrin bin Sanusi

UNIT PERSIAPAN & PENGANGKUTAN
Mohd Zulfauzi Muhammad

UNIT PENDAFTARAN & PROMOSI
Luqmanul Hakim Ab. Rahman

UNIT TEKNIKAL & AUDIO
Mohd Khairul Nizam bin Mohd Rozali

UNIT MASAKAN
Mohd Sanusi bin Yusof