Wednesday, November 19, 2008

assalamualaikum

Berita gembira khas untuk ahli UMI dan warganegara Malaysia

yang menetap di Iskandariah…

Sempena Hari Raya Aidil Adha 1429 H / 2008 M yang bakal menjelang tiba ...

Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) akan menganjurkan

PROGRAM AKIKAH DAN KORBAN PERDANA UMI KALI KE-3 (PAKAR-3)

Justeru itu, UMI menjemput semua ahli untuk menyertai

ibadah korban / akikah / tahlil

Syarat-syarat penyertaan:


1) Penyertaan ini terbuka kepada semua ahli UMI dan warganegara Malaysia yang berada di Iskandariah.


2) Penyertaan dibuka kepada 4 kategori:


i- penyertaan bagi tujuan akikah,

ii- penyertaan bagi tujuan korban,

iii- penyertaan bagi tujuan membayar nazar,

iv- penyertaan bagi tujuan menyertai majlis tahlil kenduri arwah.


3) Bagi kategori i, ii dan iii, bayaran penyertaan adalah seperti berikut:


a - Lembu (satu bahagian) : LE 600

b- Kambing (seekor) : LE 650


4) Untuk kategori iv, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak LE 10.00 sahaja (yuran penyertaan).


5) Bayaran penuh hendaklah dijelaskan semasa penyerahan borang penyertaan .


6) Untuk maklumat lanjut dan pengisian borang, sila hubungi dan dapatkan melalui :


i) Ustaz Luqmanul Hakim Ab. Rahman (011-8494712) atau YM bathal7@yahoo.com


ii) Ustaz Mohd Nawawi bin Hj Md Yusuf (011-8148328) atau YM nawi_bahibbak@yahoo.com


7) Penyertaan adalah terhad. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Disember 2008.

No comments: